Thursday, 29 November 2012

CINTA KE PENGHUJUNGNYA

      
 
 
Huda tersentap apabila Nuar menghantar pesanan ringkas tersebut kepadanya.  Huda menanggis semahu-mahunya kerana Huda telah menyayangi Nuar dengan sepenuh hati. Huda tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut.

Sementara Nuar di tempat kerjanya sedang rungsing memikirkan keadaan Huda di Shah Alam kerana hatinya meronta-ronta tidak mahu melepaskan Huda kerana Nuar telah memberi hatinya kepada Huda. Nuar tetap mahukan Huda untuk berada disisinya. Hati kecilnya mahukan Huda, namun akal fikirannya menidakkan kata-kata tersebut. Nuar menjalankan kerjanya tanpa ditemani suara manja Huda. Selalunya, waktu malam adalah masa Nuar untuk bersama Huda di talian, namun pada malam itu, Nuar berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Huda menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa. Semangatnya hilang dibawa arus angin pagi. Hati Huda yang kini diisi dengan deruan angin bayu yang lemah telah membuatkan Huda tidak bersemangat untuk menghadiri kelas pada pagi ini. Setelah tiga hari berlalu, Huda kelihatan ceria, namun hati kecilnya menidakkan keceriaannya pada hari-hari mendatang.

Sesudah menghadiri kelas, Huda pulang ke rumah seperti biasa. Seperti biasa, Huda menjalankan rutinnya di rumah, melayan laman sosial, twitter. Sambil Huda melayan rakan-rakannya di twitter, Huda mendapat satu post yang agak mengejutkannya.

Baby kenapa ni sayang?? Kenapa cakap kembali ke kehidupan asal??

Huda terkejut apabila mendapat pesanan daripada orang yang dirindui itu. Huda membalas kata-kata tersebut.

Tak ada apalah,Cuma rasa lain bila kamu tiada

Nuar mebalas pesanan di twitter tersebut.
Kenapa tak cakap? Kenapa nak seksa diri tuh? Hubby mahukan baby sorang sahaja.
Huda membalas kembali.
Iye…..

Setelah berbalas post di twitter, Nuar merasakan hatinya mahukan Huda menjadi kekasih hatinya kerana hanya Huda memahami isi hatinya. Tekad dihatinya ingin Huda menjadi peneman hidupnya bukan Nad! Nuar pulang dari tempat kerja terus masuk ke kamar tidunya untuk merehatkan diri. Tidak sampai 15 minit,

“assalammualaikum,makcik…abang ada?” tanya Nad
“dia ada kat dekat bilik atas,” ujar ibu kepada Nuar.
Nad menapak naik ke tingkat atas untuk bertemu dengan buah hatinya. Sesampai di hadapan pintu bilik, Nad melangkah masuk untuk melihat kekasihnya tidur lena di atas peraduan. Sedang asyik melihat Nuar tidur, tiba-tiba Nuar mengigau menyebut nama seseorang yang amat dikenali

“huda! Huda! Huda!”
Tersentap hati Nad apabila mendengar kata-kata dari Nuar. Nad mengeluarkan telefonnya untuk menghantar SMS kepada seseorang.

Please laa! Jangan ganggu Nuar lagi, huda kan tahu Nad amat sayangkan Nuar,cintakan Nuar.. kalau huda ada hati perut,tinggalkan Nuar.

Huda tersentap apabila mendapat pesanan ringkas dari Nad. Huda kelihatan termangu-mangu apabila mendapat SMS tersebut. ‘bila masa aku kacau Nuar lagi’. Detik hati kecil Huda yang amat merindui Nuar.

Keesokkan harinya merupakan acara menyambut aidilfitri di kampus Huda. Huda melibatkan diri dalam majlis tersebut. Huda mengenakan sepasang baju kurung ungu bersama kasut flat yang memudahkan Huda bergerak kemana sahaja. Setelah mengambil tempat duduknya bersama rakan-rakannya, Huda ,mendapat satu SMS dari orang yang Huda paling sayang.

Ada dekat mana tu?

Huda terkejut apabila mendapat pesanan tersebut. Terus Huda mendail nombor tersebut.

“hello,ye,kenapa ni?” soal Huda
“ada dekat mana tu?” soal Nuar.
“ kenapa? Saya dekat kampus ni,ada majlis dekat sini,awak dekat mana?”
“tekalah saya dekat mana?” uji Nuar
Huda tercari-cari kelibat Nuar di kampus tersebut,namun hampa!
“tak ada pun,”
“saya dekat apartment awak nie,”
Huda terkejut dengan kenyataan Nuar.
“kenapa datang sana?” soal Huda
“saja, tak dapat tengok orang,dapat tengok kampusnya pun jadilah,”
“laa…kejap..,..jap lagi saya datang sana,” sebak di dada Huda
“ok,”
Huda berlari meninggalkan majlis tersebut asalkan Huda dapat bertemu dengan wajah yang selalu menghiasi mimpi-mimpi malamnya.
Sesampai Huda di apartmentnya, terlihat kelibat Nuar yang duduk bertenggek di atas motornya. Terharu Huda melihat kehadiran Nuar di apartmennya. Nuar merenung Huda tanpa berkelip.
“ hei! Kenapa tengok saya macam tu?” soal Huda
“ awak nampak lain lah kalau pakai baju kurung,”
“tak lah., saya dah lama tak pakai warna ni, tu yang pakai ni, kenapa datang?” soal Huda
“rindu dekat awak,” luah Nuar tanpa segan silu.
“laa.. Nad tahu tak awak datang sini?”
“tahu,saya cakap saya nak bagi jam dekat awak,”
“mana jam tu?”
“ada ni,belum baiki lagi la,”
“ooo..tak apalah,saya boleh hantar kedai aja jam ni,”
“boleh tak kalau bagi saya jam ni?” soal Nuar
“kenapa?”
“sebab bila saya tengok jam awak,saya dapat lihat awak,” luah Nuar
“oooo..boleh, tapi pastikan baiki ok, jangan biarkan mati pula,” ujar Nuar
“biarlah, taklah saya nak pulang balik jam ni,biar saya je yang pegang jam ni,”
“hahahha.. banyaklah awak,hendak balik bila ni? Nanti Nad bising,saya tak mahu kena serang lagi,”
“kejap lagi saya balik lah,penat la dengan dia,pening saya dibuatnya wak,” luah Nuar.

Huda membelakangkan badannya kerana airmatanya sudah menitis di pipi. Nuar tidak mengetahui Huda sedang menanggis, namun Nuar dapat menangkap perbuatan Huda. Lalu membalikkan semula badan Nuda. Dengan tidak semena-mena, Huda telah memeluk Nuar demi melepaskan rindunya terhadap Nuar. Nuar membiarkan sahaja perbuatan Huda kerana dia pun amat merindui Huda. Siang malam, Nuar hanya memikirkan Huda sahaja. Hidupnya kini dikongkong oleh Nad yang mahukannya sentiasa berada di depan matanya. Kemana sahaja Nuar pergi,pastinya Nad ada bersamanya. Keadaan ini membuatkan Nuar tidak tahan untuk meneruskan hubungannya bersama Nad.

********************************************************************************************

Nuar menjalani rutih harian seperti biasa. Nad terus-terusan menggangu Nuar di tempat kerjanya. Pada suatu malam yang hening, Nad telah datang bertemu dengan kekasih hatinya.
“abang!” panggil Nad
“hmm.. kenapa datang sini?”
“abang kenapa ni? Termenung aje? Ada masalah ke?”
“tak lah..ok aje la,”
“Nad tengok,sejak akhir-akhir ni abang asyik termenung sahaja, kuat mengelamun aje,kenapa?”
“tak adalah, mana ada!”
Nuar kelihatan lesu dengan kehidupannya kini kerana hidupnye kini sunyi tanpa gelak tawa,gurau-senda Huda yang menceriakan hari-harinya. Namun, nekad di hati tetap satu,ingin memiliki Huda jua walau apa cara sekalipun.
“abang! Abang mahukan perempuan tu juga ya?”
“kenapa?”
“kenapa bang? Apa salah Nad dekat abang?”
“memang! Awak tak pernah nak faham saya, awak tak pernah nak hargai hati saya, yang awak tahu,enjoy, keluar sana-sini tapi hati saya ada awak ambil tahu?! Sebab itulah saya mahukan Huda juga. Dia seorang yang memahami hati kecil saya! Umur awak dah 21 tahun,dia?! Baru nak masuk 20 tahun dah tahu menilai hati kecil saya. Dia seorang yang tahu saya mahukan apa dalam hidup!,”

“kalau abang dah cakap macam itu, biarlah saya beralah. Pergilah dekat Huda itu, awak lebih memerlukan Huda dari saya, setakat disini sahajalah hubungan kita, kita tetap kawan kan?” sebak hati Nad.
“ya… kita tetap kawan sampai bila-bila. Saya doakan awak jumpa lelaki yang lebih baik dari saya. Saya juga doakan awak berjumpa jodoh yang lagi sesuai dari saya,” terang Nuar.
Pada keesokkan malamnya, senyuman Nuar sampai ke telinga kerana akhirnya dia dapat memiliki hati Huda. Nuar telah menghantar SMS kepada Huda untuk menyunting isi hati wanita tersebut.

“yahoo!! Akhirnya saya bebas dariapada Nad, tiada lagi kongkongan,tiada lagi desakkan,tiada lagi renggekkan dari dia wak,”
“apa maksud awak ni? Saya tak faham lah,”
“Nad sudah pun melepaskan saya dan berikan saya kepada awak,”
“ooo yeke sayang?” ujar Huda
“iyelah,tadi dia datang jumpa saya dan beritahu hal sebenar,jadi saya terus-terang sahaja dengan dia, dan dia pun melepaskan saya untuk awak,”
“ooo..jadi awak tetap mahukan saya ye sayang?”
“iya sayang,saya tetap mahukan kamu,”
“suka lah tu ye sayang,”
“suka!suka!suka! sayang seorang sahaja faham hati abang, kenapalah dahulu kita tak pernah jumpa kan sayang,”
“TUHAN itu Maha Adil, setiap pertemuan DIA yang tentukan dear,”
“emm..boleh tak kita tukar panggilan?” tanya Nuar.
“panggilan? Kenapa?”
“abang peningla,sekejap panggil abang,sekejap panggil sayang, sekejap panggil dear, mana satu ni?” luah Nuar yang geram dengan Huda namun itu hanya geram manja
“ooo…kita memang macam tu la, ikut suka la nak panggil sayang ke, b ke, tol tak hubby? Hah tengok dah panggil hubby dah,”
“tengok tu! Merajuk arhh,”
“laa..ok,ok,ok, nak panggil apa ni?” soal Huda
“emm..abang tak mahulah, Nad dah panggil, bosan! Emm..apa kata kalau saya,awak panggil hubby, awak, saya panggil baby,”
“kenapa baby pula?”
“sebab baby kan manja, sebab tu la,”
“mana ada manja la!,”

Kehidupan kedua-dua pasangan semakin hari semakin berbunga kerana setiap masalah,suka,duka mereka tempuhi bersama. Namun, ada satu perkara yang menjadi tanda tanya di dalam benak fikiran Huda.
Huda keluar dari rumah untuk menghadiri kelas pada pagi tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila Nuar telah berada di bawah apartmentnya.
“aikk..pagi-pagi dah datang sini kenapa?”
“saja lalu sini,ambil barang tadi, tu yang nampak kampus baby,singgah rumah sini kejap,tak boleh ke?” soal Nuar
“tak cakap apa-apa pun la, meh duduk sini sekejap nak tanya something la,”
Lalu Nuar duduk bersebelahan dengan Huda.
“ada apa sayang?” soal Nuar
“macam ni, hubungan kita ni macam mana?”
“macam mana apa?”
“yela, sebelum ni, kita tak pernah declare apa-apa pun, kita ni kawan ke, adik abang ke, kawan baik ke,”
“laa, kan dah terbukti dengan relationship dekat facebook, tu laa dia,” ujar Nuar
“maksud baby, hubby tak pernah melamar baby pun untuk jadi kekasih hubby, tu yang baby musykil sahaja, tak mahu la orang lain salah sangka dengan hubungan kita ni,”
“ baby, kalau hubby dah sayang kan baby, dah luangkan masa dengan hubby, relationship dekat facebook tu la bukti baby milik hubby seorang sahaja ok,so sekarang ni baby girlfriend hubby la, hubby tak mahu kehilangan baby,tak mahu tinggalkan baby,” jelas Nuar
“iye, baby sayang hubby juga laa,”
Mereka sama-sama ketawa apabila mengenangkan kenangan dan memori mereka bersama. Sampai disuatu tahap, Nuar merasakan hubungannya bersama Huda amat-amat rapat sehinggakan dia tidak sanggup untuk berjauhan dari Huda. Makin lama makin sesak dada apabila tidak mendengar khabar Huda walaupun sehari.

***************************************************************************************


Huda menjalani kehidupan seperti biasa. Sebagai seorang pelajar, walaupun hidupnya kini diterangi dengan cahaya cinta dari Nuar,namun pembelajarannya tidak sekali diabaikan hatta sekalipun, Huda tetap meneruskan niatnya bersama-sama semangatnya bersama Nuar.
Pada malam harinya, apabila Nuar berada di tempat kerja, Nuar mendapat satu panggilan telefon dari seseorang.
“hello,hendak apa?” Soal Nuar
“Nad mahukan abang, Nad tak boleh hidup tanpa abang,” ujar Nad
“kan saya dah beritahu, hubungan kita dah habis dah, awak tak pernah hendak faham saya,”
“Nad boleh ubah bang, percayalah,”
“hmm..sudah lah, cari sahaja orang lain untuk diri awak, jangan hendak seksakan diri awak tu ok,”
Klik!
Nuar mematikan talian. Tanpa berfikir panjang, Nuar mendail nombor kekasih hatinya.
Sedang Huda sibuk melayan fikiran, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
“hello,” ujar Huda
“baby!”
“uiitts, kenapa sayang? Terkejut baby tau!,”
“hehehe.. jangan marah, emm.. tadi Nad telefon hubby,”
“ dia hendak apa? Hendak hubby balik ke?”
“hmm, dia hendak hubby balik,”
“la, habis hubby cakap apa dekat dia?”
“hubby suruh dia cari lain,”
“hubby tak mahu dia ke sayang?” soal Huda
“tak mahu! Hubby hendak baby seorang sahaja, tak mahu dia dah!”
“yela-yela, emm, kenapa hubby tak mahu dia lagi ye?” soal Huda ingin mendapatkan kepastian dari buah hatinya itu.
“sebab dia tak faham hati hubby, kalau baby hendak tahu, kalau keluar pergi mana-mana sahaja, ada je barang yang dia nak beli, boros pula tu. Bukan duit tau, duit hubby. Habis duit hubby dia belanja kan. Dia tahu nak enjoy je, keluarga tak hendak ambil tahu pula. Dah makan ke belum. Adik-adik dia ok ke tidak. Itu yang hubby tak tahan dengan dia tau baby. Sebab tu hubby mahukan baby. Baby yang faham hati hubby. Baby tak macam dia. Baby tak kuat berbelanja tau,” jelas Nuar.
“ laa.. ada pula. Baby mana sama dengan dia. Setiap orang berbeza perangai la sayang.”
“ kenapalah dulu tak jumpa baby kan? Kalau jumpa, mungkin hubby tak macam ni,”
“dah la, setiap perpisahan,pertemuan ada hikmahnya sayang,” ujar Huda
“ hubby sayang baby sangat!,”
Hati Nuar yang berbunga-bunga akibat daripada sikap Huda yang mengambil berat akan dirinya. Meskipun Huda tidak mementingkan paras rupa,harta benda menyebabkan Nuar tertarik dengan peribadi Huda yang serba sederhana. Namun, Nad tetap mahukan Nuar kembali pada Nuar walaupun Nuar mempunyai teman wanita. Personality Nuar telah menyebabkan Nad nekad mahukan Nuar juga kembali padanya. Puas Huda kena marah,maki hamun oelh keluarga Nuar, namun Huda tetap dengan pendirian hatinya yang tetap mahukan Nuar terus berada di dalam hati kecilnya.

*********************************************************************************

Selepas sebulan 3 minggu terjalinnya hubungan mereka, hubungan mereka kelihatan tegang dengan pelbagai masalah yang di hadapi oleh mereka. Seolah-olah Nuar sudah berputus asa dengan kehidupannya sekarang hanya disebabkan factor keluarga yang tidak menginginkan Huda. Tiba-tiba terimbau kenangan Nuar bersama Huda ketika berada di Cameron Highlands bersama rakan-rakan dari kelab permotoran di Malaysia.
“ baby! Ahboy ada buat trip ke Cameron, sayang pergi ye,?” pujuk Nuar.
“Cameron? Hmm.. nak pergi tapi.... tak ada duitlah sayang, hubby kan tahu baby student, mana ada duit hendak pergi sana,”ujar Huda
“laa…hubby bayarkan ok,”
“tak mahulah.. baby tak ada duit nak ganti nanti duit hubby,” pujuk Huda yang tidak mahu menyusahkan Nuar kerana selama ini Nuar banyak membantu Huda.
“kalau tak sayang hubby, baby tak payah pergi ok,” rajuk Nuar
“alamak! Pandai bermain kata-kata la dia,hahaha… oklah baby pergi ok sayang,”
“yeaaaayyyyy!! Baby hubby pergi,”
Senyuman sampai ke telinga kerana Huda ingin mengikutinya ke Cameron dan meluangkan masa bersamanya. Rindu Nuar terhadap kekasih hatinya makin hari makin bertambah akibat daripada rumah mereka yang agak jauh untuk mereka berjumpa.
Sesi pengumpulan rakan-rakan yang lain telah ditetapkan di sebuah tempat di Taman Melawati. Seramai 25 buah motor telah mengikuti trip tersebut. Nuar yang selaku back up lead telah menunjukkan kematangannya dalam mengendalikan rider-rider yang lain. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa dia mampu untuk menghadapi sebarang permasalahan yang berlaku akan datang.
Nuar dan Huda meluangkan masa bersama sepanjang trip ke sana. Segala kenangan suka,duka mereka di sana telah mematangkan hubungan mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Nuar betul-betulkan mahukan Huda untuk menjadi teman hidupnya di kala susah dan senang.
“hubby… baby nak tanya boleh tak?” soal Huda
“apa dia sayang?” tanya Nuar
“emm.. nak tanya, hubby sanggup tak nak kehilangan baby? Rela tak nak tinggalkan baby?”
Nuar telah membuat muka yang agak terkejut. Namun, mata Nuar telah berkecak akibat daripada soalan Huda. Bila-bila masa sahaja airmata Nuar boleh tumpah membasahi pipinya. Huda perasan dengan kelainan pada muka Nuar lantas bertanya.
“sayang… hey! Kenapa hubby? Beritahu baby,” pujuk Huda
“hubby tak nak kehilangan baby, baby tak mahu tinggalkan baby, hubby dah ada baby seorang, hubby tak mahu orang lain. Hubby mahukan baby seorang sahaja,” jelas Nuar sambil memeluk Huda
“laaa… iya sayang, baby tahu…dah lah.. tak mahulah macam ni ye, baby ada dengan hubby, baby takkan tinggalkan hubby ok sayang,senyum,”
“janji jangan tinggalkan hubby ya,” rajuk Nuar
“iya sayang, baby takkan tinggalkan hubby baby ok sayang,”
Setelah mendengar penjelasan Huda, hati Nuar riang dengan kata-kata yang keluar dari mulut kekasihnya.

*****************************************************************************
Kenangan sebulan yang lalu masih terpahat dalam ingatan Nuar. Meskipun Nuar berada jauh dari Huda, namun tidak sedetik pun melupakan Huda. Tidak ada satu saat pun dia melupakan Huda,keadaan yang memaksa untuk tidak menghubungi Huda. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui keadaan Huda di Shah Alam. Setiap kali Huda menghantar SMS kepada Nuar, Nuar jarang untuk membalasnya,apatah lagi menjawab panggilan Nuar.
Keadaan ini menyebabkan Huda melepaskan sedihnya seorang sendiri sehingga Huda tidak bermaya untuk kembali menyambung pelajarannya akibat daripada tindakan Nuar tersebut…

 *******************************************************************************

3 minggu tanpa khabar berita dari Nuar, Huda nekad untuk membiarkan Nuar menenangkan fikiran. Setelah Huda pulang dari kelasnya, Huda telah membuka laman facebooknya untuk melihat berita-berita baru. Mata Huda tertacap pada satu trip yang dianjurkan oleh Redspeed Motorsport. Info tersebut menerangkan bahawa kesemua kelab-kelab yang berada di Malaysia berkumpul di tempat yang sama dan akan diadakan makan malam bersama kelab-kelab yang ada di Malaysia. Mata Huda tertacap pada nama kekasihnya yang akan mengikuti majlis tersebut. Tetapi Huda hanya membatu sahaja disitu tanpa ada sebarang tindak balas.
Sementara Nuar dikampungnya mendapat satu panggilan dari seseorang.
“Nuar! Kau dekat mana ni?”
“aku dekat Johor,kenapa?” tanya Nuar
“kau pergi tak majlis tu?”
“pergi kenapa?”
“sure ke kau pergi? Sebab yang datang semua bawa couple la, kau tak mahu bawa Huda ke?”
“bawa couple? Aku datang seorang tak boleh?”
“boleh sahaja,nanti aku set meja untuk kau ok, berkumpul pukul 7 malam tau, sebab semua kelab permotoran turun tau, ada konsert wei! Tu yang aku nak pergi,” ujar rakannya.
“yela,set tempat untuk aku ok, bila ye majlis tu,?”
“Rabu ni la, jangan lupa tau,”
Klik!
Hati Nuar meronta untuk membawa Huda, namun apakan daya, dia sudah lama tidak menghubungi kekasih hatinya itu. ‘tak mengapalah,aku pergi seorang sahaja’. Detik hati kecilnya.

********************************************************************************

Tiba hari majlis yang telah dijanjikan. Kesemua ahli-ahli,presiden turut serta dalam majlis tersebut. Nuar mencari kelibat rakannya untuk mencari tempat duduknya.
“wei! Kau dekat mana?”
“aku dekat meja depan ni la, kau kan marshall,kena la duduk depan, permintaan seseorang tau, eh! Kau tahu tak penyanyi ni kan ada pakwe dalam kelab-kelab ni tau, dengar cerita dah lama tak jumpa pakwe dia,” jelas rakannya.
“penyanyi? Siapa?”
“mana lah aku tahu la wei! Kau ni sikit agaklah, asal kau tak bawa Huda, dah putus ke apa korang ni?”
“putus? Belum la wei! Dia sibuk sahaja,”
Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis yang merupakan presiden kelab permotoran di Malaysia. Acara makan malam ini disambut meriah oleh ahli-ahli yang lain. Mata Nuar agak cemburu dengan pasangan-pasangan yang berada disekelilingnya. ‘kan bagus kalau Huda ada,tengah buat apa lah dia sekarang kan?’ detik hati kecil Nuar.
Acara yang dinantikan oleh semua ahli adalah nyanyian dari salah seorang ahli dalam sesebuah kelab. Kemunculan gadis tersebut tidak menarik minat Nuar untuk melihat persembahan tersebut. Gadis tersebut mengenakan baju kurung moden berwarna merah,tudung dipadankan dengan warna bajunya, kasut kelihatan agak tinggi telah menarik minat segelintir ahli-ahli disitu. Gadis itu memakai topeng untuk menutup matanya agar tidak dikenali oleh sesiapan pun. Nyanyian telah dimulakan dengan petikan gitar dari seseorang.
Slide show di belakang gadis itu telah melihatkan gambar-gambar semua pasangan yang ada pada malam itu. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mata Nuar tertacap pada gambarnya bersama Huda yang begitu romantic sekali. Berlinang airmata Nuar apabila melihat gambar tersebut beserta nyanyian yang dinyanyikan oleh gadis tersebut.

Sampainya hatimu…
Buatku tertunggu-tunggu..
Kerana kau sayang,….tidur malam tak menentu..
Rindu merindu..selama ini…
Ku takut kan menjadi kenangan….
Aku menanggis sayang…
Bila kau tiada..
Tak sanggup rasanya aku..
Berjauhan darimu..resah hatiku..
Jangan menanggis sayang..
Ku seperti dulu..
Rinduku hanya padamu..
Cinatku hanya untukmu buat selamanya..
Kalau padi kata padi..
Tidak aku tertampi-tampi..
Kalau benci kata benci…
Tidak aku.. nanti terus menanti….
Berjanjilah sayang….
Hanya aku dihatimu….
Kerana ku dah berjanji…
Hanya kau …….di hati

Gadis itu terlihat kelibat Nuar dimeja makan dan terlihat Nuar mengesat airmatanya,gadis itu terus pergi menghadap Nuar di meja tersebut. Sesampai di meja tersebut, Nuar terkejut dengan kehadiran gadis tersebut. Rangkap terakhir gadis itu mengucapkan terhadap Nuar sambil membuka topeng mukanya.

Hanya kau!!!!…dihati!

Nuar terkejut apabila melihat gadis tersebut membuka topengnya dan mendapati bahawa gadis itu adalah kekasih hatinya yang sekian lama amat merindui gadis tersebut.
“baby!” jerit Nuar
“ye, baby hubby,kenapa menanggis ni sayang?” soal Huda sambil mengelapkan airmata Nuar.
Semua ahli melihat drama sebabak tersebut. Tidak kurang, ada juga yang terharu dengan pasangan tersebut.
“hubby rindu sangat dengan baby,maafkan hubby sebab biarkan baby seorang-seorang dekat sana,” sebak Nuar
“iye,baby tahu sayang, baby yakin hubby datang malam ni,tu pun sebab kawan hubby yang aturkan,dia yang paksa hubby datang sebab baby nyanyi untuk hubby malam ni,”
“sampai hati baby buat hubby kan,”
“eh,tak lah! Baby nak jumpa hubby,sanggup tau dari jauh baby datang, dengan pakai macam ni,dengan kasut tinggi macam ni,ingat senang ke,?”
“hubby rindu baby! Jangan tinggalkan hubby ye sayang,” sebak Nuar sambil memeluk Huda di hadapan rakan-rakannya. Dia tidak peduli dengan pandangan rakan yang lain asalkan Nuar dapat berjumpa dengan kekasih hatinya.

“ iye.. baby takkan tinggalkan hubby ok sayang, baby rindu hubby juga”
Tepukan dari rakan yang lain telah menceriakan Nuar pada malam itu. Nuar juga berjanji tidak akan meninggalkan Huda. Walau rebut badai yang datang,Nuar tetap akan bersama Huda hingga ke akhir hayat. Kehidupan mereka ceria tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak. Dan akhirnya,mereka bahagia dengan cinta sejati mereka.

                                           TAMAT~~~


No comments: