Thursday, 15 November 2012

KISAH SEBENAR

   
 
Ini merupakan kisah benar yang berada dalam kehidupan realiti masa kini. Ikuti kisah tersebut. 

DIARI HATIKU


 Tepat jam 9 pagi Nuar terkocoh-kocoh keluar dari rumah untuk bertemu dengan kekasih hati, Nad yang sudah sedia di sebuah restoran di Kajang. Keadaan sesak di jalanraya menyebabkan Nuar kelihatan berang dengan kesesakkan jalan raya. Bermodalkan Yamaha 135LC, Nuar dengan laju menuju ke tempat yang telah dijanjikan bersama kekasih hatinya. Sesampai di tempat tersebut, Nuar menghadiahkan senyuman manis untuk Nad.

“Kenapa abang lambat? Penat ayang tunggu abang tau!” rungut Nad
“Abang dari tempat kerja tadi, kebetulan kaunter tak ada orang jaga la sayang” Jelas Nuar kepada Nad.

Hubungan percintaan mereka mencecah 4 tahun, namun sejak kebelakangan ini, hubungan mereka hanya retak menanti belah. Menunggu masa untuk menamatkan hubungan mereka. Nuar kelihatan marah apabila mendapat tahu kekasih hatinya bermain madah dengan rakan di laman sosial.

“Kau beritahu aku sekarang! Siapa jantan tu? Ooo…kau bersayang-sayang dalam facebook boleh pula! Aku nak buat macam tu, kau marah bagai nak rak dengan aku kan?! Jawab soalan aku Nad!”
“Abang, itu cuma kawan saja. Kami tidak ada apa-apa hubungan pun, percayalah abang, Nad cintakan abang..Nad sayangkan abang..Percayalah. Bagilah nad peluang untuk membuktikan cinta Nad pada abang.” Nad merayu-rayu kepada Nuar agar diberi peluang.
Nuar berlalu begitu sahaja tanpa membalas penjelasan Nad tadi. Nuar kelihatan kusut dengan dugaan yang datang dalam hubungan mereka. Terimbau kenangan bersama Nad di suatu ketika dahulu.

“Abang, Nad hendak beg tangan itu, boleh tak?”
“Beg tangan? Uiishh, jenama DK kot.”
“Bolehlah abang, Nad hendak beg tangan itu, cantik!”
“Yela sayang, ambil lah”

Sikap Nad yang selalu berbelanja membuatkan hati Nuar begitu sesak sehinngakan Nuar kelihatan tegang apabila bersama Nad. Kadangkala, sikap Nad yang menggongkong hidupnya juga menyebabkan Nuar tersepit di antara keluarga dan dirinya. Segala perbelanjaan Nad, Nuar sendiri yang tanggung, sehinggakan di suatu ketika dahulu, Nuar turut berbelanjakan wangnya untuk membeli telefon bimbit untuk Nad.

“Abang, Nad hendak Samsung Note,”
“Samsung Note? Hmm… RM1299. Yela, ambil lah”

Kerana sayangkan kekasih hatinya, Nuar sanggup menghabiskan wangnya untuk kekasihnya itu. Namun, hati Nuar meronta untuk melepaskan hubungan yang entah sampai bila. Nad yang tidak memahami hati kecil Nuar mula berubah sikapnya dan mula menunjukkan belangnya. Pernah terjadi di suatu ketika dahulu, Nuar merasakan hubungan mereka bukan lebih dari seorang kawan kerana sikap Nad yang sambil lewa menyebabkan Nuar bosan dengan kehadiran Nad dalam diari hidupnya.



“Nad! Pakailah baju kurung hitam,sama dengan baju melayu abang!” bentak Nuar.
“Ala! Nad nak pakai baju warna kuning la, asyik hitam je”
“Ok,kalau tak hendak pakai,kita tak payah pergi majlis tu”
“Yela-yela,”

Hal ini kerana, malam ini ada satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama King of Moped yang dianjurkan oleh salah satu kelab permotoran yang terbesar di Malaysia. Kesemua yang hadir adalah terdiri daripada ahli-ahli kelab yang lain yang telah mendapat jemputan dari Bob juga dari kalangan Marshall dan merupakan orang kuat dalam kelab permotoran. Kehadiran ahli-ahli kesemuanya menunggang Yamaha 135LC dan disambut mesra oleh Abang Bob. 

Sementara itu, di stesen minyak Petronas di Ampang, Huda bersama ahlinya yang lain telah berkumpul di stesen tersebut.

“Yen! Adha mana? Kata nak follow sekali? Tanya Huda kepada Yen yang merupakan Marshall dalam sebuah kelab permotoran di Kuala Lumpur.
“Tunggu la dia kejap, dia ada masalah,katanya tak ada duit nak tuang minyak.” Jelas Yen kepada Huda
“La, kenapa tak beritahu aku? Aku boleh belanja dia.”

Kesemua ahli-ahli yang diketuai oleh Yen telah berkumpul di stesen tersebut dan bergerak menuju ke tempat majlis tersebut. Keadaan restoran tersebut begitu meriah dengan kehadiran kelab-kelab permotoran di Malaysia. Yen dan ahli-ahlinya yang lain telah di sambut meriah oleh Bob yang sedia menunggu kedatangan anak buah beliau. Yen dan ahli-ahlinya telah mengambil tempat di meja makan untuk menikmati jamuan tersebut. Huda yang mengenakan baju kurung putih dan memakai wedges bertumit tinggi telah menarik segelintir ahli di situ.

Kedatangan Nuar dengan ahlinya yang lain telah mematikan lamunan ahli-ahli yang lain di situ kerana jumlah ahli dalam kelab Nuar begitu ramai sehinggakan Huda terkejut dengan kehadiran kelab tersebut. Nuar yang datang bersama Nad mengambil tempat di ruang makan paling hujung. Nuar dan Nad mengenakan warna baju yang sedondon dan kelihatan mereka tegang semasa berada di situ.

“Mummy, jom ke tandas, temankan Huda boleh?”
“Tandas? Dekat mana?” Tanya mummy kepada Huda.
“Yen kata dekat hujung tu,”
“Yen! Jom temankan mummy dengan Huda,”
“Temankan? Yela-yela,”

Huda terjingkit-jingkit dengan kasut tumit tinggi telah menarik perhatian Nuar. Sambil menuju ke tandas, Nuar berkali-kali memerhatikan Huda. Sesudah ke tandas, Huda mengambil tempatnya semula. Huda terpandangkan Nuar terus membuat muka sombongnya terhadap Nuar. Hati Nuar terdetik ‘ish,sombong laa perempuan tu’.
Selesai majlis tersebut, masing-masing pulang ke rumah. Tepat jam 11 malam, Huda sampai di apartmentnya di Shah Alam.

“Huh! Penat laa! Aduh! Nasiblah hari sabtu,esok tidak ada kelas,tidur lagi best ni,”
Tiba-tiba satu pesanan ringkas memasuki telefon bimbit Sambung 2 Mini milik Huda berbunyi.

                  Ayg! Dah sampai umah ke belum?

“erkk.. laa.. Daus send mesej rupanya”, detik Huda dalam hati.
Huda:  Hmm..dah sampai dah la..penat… syg kat sana lagi
Daus: ha’ah syg..dekat sini lagi..dengan kawan2 ni.. sakit tangan laa
            Betulkan lock mike tadi… L
Huda: alolololo…cian dia ye… hmm..k laa.. hati2 tau ride nanti..

Huda berbalas-balas SMS dengan Daus. Huda akhirnya tertidur akibat kepenatan.


Sementelahah itu, hubungan Nuar dengan Nad makin lama makin retak akibat daripada sikap ego Nad yang tidak memahami hati Nuar. Nuar kelihatan begitu berang dengan Nad kerana Nuar mendapat tahu bahawa Nad telah memarahi bekas kekasihnya dahulu. Secara tidak langsung rasa cinta dan sayang pada Nad makin lama makin pudar di dalam hatinya.

Seminggu selepas majlis tersebut, Nuar membuka laman facebooknya  dan perhatiannya teralih pada seorang rakan karibnya telah update status mengenai satu perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka yang melibatkan seluruh kelab-kelab permotoran di seluruh Malaysia. Berikutan berita tersebut, Nuar dengan serta-merta telah menyusun masa dan tempat berkumpul dengan ahli-ahlinya. Sementara itu, Nuar telah memberitahu Nad mengenai perhimpunan tersebut.

“Nad, lagi beberapa minggu,ada perhimpunan dekat dataran,nak pergi ke tidak?” soal Nuar kepada Nad.
“Nak! Abang bawa Nad ye?,” soal Nad
“Yela,abang bawa Nad ke sana ok,”

Sementara itu, Huda yang terkocoh-kocoh di kampusnya mendapat panggilan daripada Yen,iaitu rakan kelabnya.

“Huda! Ehh..awak nak pergi tak perhimpuan nanti?”
“Perhimpunan apa?”
“Ala.. nanti buka la facebook ok, dan saya nak nama penuh awak dengan nombor kad pengenalan ok,”
“Hah! Nak buat apa gila?”
“Saya nak daftarkan awak di bawah Rempit United la, nanti dapat kad ahli,”
“Yela,nanti saya buka facebook ok, bye gemuk,”

Sesudah pulang dari kampus, Huda membuka laman facebooknya, ternyata kata-kata Yen benar sekali. ‘hmm, Melaka tahu tak, ada perhimpunan ni? Try tanya laa,mana tahu dorang tak tahu’ detik hati Huda. Huda membuka pages Melaka 2012 dan mengemaskini statusnya.

                         As salam,aku nak tahu, korang tahu tak tentang Rempit United nie?? Korang dah daftar ke belom untuk dapatkan kad ahli??

Ternyata ramai rakan-rakan dalam pages tersebut menberi komen kepada status Huda tersebut. Tidak kurang juga ada ahli yang menyuruh Huda menguruskan proses pendaftaran kad tersebut. Tiba-tiba mata Huda tertacap pada seorang lelaki yang memberi komen pada status tersebut.

ermm,kepada sesiapa yang ingin berdaftar sebagai ahli Rempit United, sila berhubung dengan saya,,” kata lelaki tersebut pada status Huda.
“ermm,baiklah,”kata Huda kepada lelaki tersebut.
“Huda,tolong add saya di facebook ya, segala butir diri sila inbox kepada Huda ye,” kata lelaki tersebut kepada Huda.
‘erm..dia suruh aku add dia?? Aikk,bukan dia ke kena add aku?’ detik hati kecil Huda.

Sementara Huda menguruskan pendaftaran ahli-ahli itu,tiba-tiba muncul lelaki tersebut di ruang perbualan di facebook.

hai,terima kasih add saya,”
“emm…ok..oh ya..saya nak tanya dekat kamu,macam mana dengan nama-nama dorang ni ye?”
“ooo…awak kumpulkan dulu,kemudian baru inbox saya ok,”
“ermm..baiklah..saya akan settlekan dulu semua ni ok..apa-apa hal saya contact kamu ok,”
“ok,kalau adik ada masalah,ni nombor abang ok, 0122065257”
“Thanks ya,”

Tamat perbualan di facebook,Huda meneruskan kerjanya menguruskan pendaftaran mereka.
Pada keesokkan harinya, seperti biasa,Huda akan menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Huda ke kampus hari ini untuk menghadiri kelas untuk sesi baru ini. Huda yang belajar di Management and Science University ini merupakan anak sulung dari 2 adik-beradik. Secara tidak langsung,hubungan antara Nuar dan Huda ini terjalin atas dasar adik dan abang sahaja.
Di suatu malam semasa Naur sedang lepak bersama rakan-rakannya,Nuar mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Lama dia merenung nombor tersebut. ‘nak angkat ke tak nak’detik hati kecilnya itu.

“hello,” sahut Nuar di talian
“hello abang,buat apa tu?”
“siapa ni?” soal Nuar
“adik laa..Huda ni..aikk..dia yang bagi nombor telefon ni kat adik,dah lupa?”
“oooo..kenapa?”
“adik dah kumpul butir dorang ni,macam mana? Nak sekarang ke?” soal Huda
“dah kumpul? Ramai tak?? Kalau dah siap,inbox je dekat abang,”
“emm…dalam 14 orang je ni,”
“kalau nak daftar dekat sana pun boleh,kemungkinan besar kalau daftar dekat sana,silap haribulan Timbalan akan sampaikan barang-barang tu dekat dorang,” terang Nuar.
“ooo….yeke?? ok laa…nanti Huda send dekat inbox abang aje laa ye,”
“ok,”
“ok,bye,”

Setelah Nuar menamatkan talian,Nuar berfikir seketika, ‘adakah ini perempuan yang aku nampak semasa majlis hari itu? Adakah ini perempuan yang aku renung semasa majlis itu? Kalau betul, aku ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi’ detik hati Nuar dan satu tekad untuk mengenali perempuan tersebut.


Pada malam itu,semasa Nuar sedang mengisi borang untuk  pendaftaran tersebut, Nuar terpandangkan Huda yang sedang online di laman facebook. Dengan tidak semena-mena,Huda telah memulakan perbualannya.

“abang!!!!,”
“hah..ada apa dik,?”
“penatla..macam-macam kerenah laa dorang ni yang,” rungut Huda.
“laaa,kenapa dik?”
“abang tengok je laa dekat pages Melaka tu,haiih,,pening dibuatnya,”

Selang beberapa minit,
“hmm..abang tengok abang pening dah ni dik,”
“hah..tahu tak apa… abang tengah buat apa ni?” soal Huda kepada Nuar.
“abang tengah isi boring ni,ramai ni…penat tangan abang dik,”
“ooo….emm umur abang berapa erkk,?” soal Huda.
“23 tahun,adik,?”
“20 je laa bang,muda lagi,”
“ooo…kerja ke belajar?,” soal Nuar
“belajar lagi la bang,depan ni je kampus adik,”
“belajar mana?”
“MSU bang,ehh,,abang ni borak dengan adik,makwe tak marah ke yang,?”
“ooo..awek?? mana ada awek dik,,sapa la yang nak,abang tak handsome pun,”
“laa, kita bercinta bukan pandang semua tu laa yang, yang penting hati tu,”
“yang Huda ni,pakwe tak marah ke?”
“pakwe?? Hahhah,.,mana ada laa bang,lama dah single ni,”
Terdetik di hati Nuar, YES! Single lagi budak ni.

Keesokkan harinya, Nuar menjalankan tekadnya untuk memiliki hati Huda. Menelefon Huda,mengirim SMS kepada Huda sepeti hari-hari sebelumnya. Namun, tindakannya dapat dihidu oleh Nad. Nad telah membuka laman facebook Nuar dan membaca perbualan antara Huda dengan Nuar. Perasaan marah,geram mula timbul dalam hati Nad. Bodoh punya perempuan! Siap kau! Detik hati Nad.
Seperti biasa,selepas menyiapkan segala nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarahnya, Huda membuka laman facebooknya untuk menjalankan tugasnya. Tiba-tiba di ruangan perbualan muncul Nuar untuk berbual.

“Hai sayang,”
“ye abang,asal?”
“tengah buat apa tu?”
“taka da buat apa pun, Cuma ada orang kacau kita ni,” rungut hati Huda
“siapa?” soal Nuar berbaur cemburu
“Entah,mana kenal pun,”
“biar abang yang buat,boleh,?”
“abang nak buat apa?” soal Huda kehairanan.
“abang nak taip kat status ayang,nak beritahu yang ayang milik abang,”
“eleh,macam boleh aja,” cabar Huda.Huda menganggap bahawa Naur bergurau.
“tunggu kejap tau sayang,”
Beberapa minit kemudian…..
“WHAT???! Biar betul?”
“apa dia sayang,”
“tengok abang taip apa? Assalammualaikum sayang,tengah buat apa,?
“hahaha…kan dah kena,cabar abang lagi ye,jangan padam pula,”
“Tak padam pun laa sayang,”

Hidup Huda penuh dengan kegembiraan. Kehadiran Nuar telah membuka pintu hatinay untuk menyayangi seseorang yang bernama lelaki. Namun, tidak sampai seminggu, Huda dihujani dengan hinaan dan tomahan dai seseorang. Semasa makan, Huda mendapat panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. ‘siapa ni?” detik hati kecilnya.

“Hello assalammualaikum,siapa ni?” soal Huda.
“waalaikumsalam,aku ni mak annuar,kau Huda kan?”
“err…iye makcik..ada apa?”soal Huda kehairanan.
“eh perempuan,kau jangan dekat dengan anak aku lagi faham?! Anak aku tu dah ada bakal isteri dah, kau jangan nak dekat-dekat dengan anak aku lagi tau!! Kau siap bersayang-sayang dalam facebook,ingat aku tak tahu??!! Perempuan jenis apa kau ni hah??!! Aku dapat tahu kau ni minah motor betul ke?” soal mak Nuar

“iye makcik,” Huda menjawab sambil menitiskan airmata.
“perempuan macam kau berlambak la aku boleh dapat,dekat tepi longkang aku boleh dapat la,nak-nak perempuan macam kau,petik jari aku boleh dapat laa!!! Perempuan taka da harga diri kau ni ya??!!! Mak bapak kau tak ajar ke??!! Sedar la diri kau tu sikit, kau ni mak bapak ada ke tak ada???!!!! Kalau betul anak aku hendak kau juga!! Aku halau anak aku,kau bela la dia!!

“tak ada,” jawab Huda sambil menahan airmatanya.
“dah tuh??!! Sedar diri tu sikit,mak bapak dah tak ada, buat cara tak ada laa!!! Aku dapat tahu kau rapat lagi dengan anak aku,kau siap!! Tahulah nasib kau macam mana!! Faham????!!!!
“faham makcik,”
Klik!

Huda menanggis semahu-mahunya. Ketika hatinya sudah dimiliki oleh Nuar, Huda nekad untuk tidak memberi hatinya kepada sesiapa pun. Hatinya sudah tertutup untuk menerima lelaki lain. Sementelahan itu, Huda menelefon seseorang untuk meluahkan isi hatinya.

“abang,tengah buat apa?”
“tak ada buat apa. Eh kau kenapa ni dik? Menanggis bagai nak gila ni,asal?!”
 Huda menanggis semahu-mahunya.
“eh..kau kenapa dik? Cerita dengan aku. Siapa buat kau ni dik?!”
“tadi mak Nuar telefon adik, dia maki hamun aku bang, dia cakap aku macam-macam. Yang adik sedih,dia sebut abah adik, mana tak sedih,”
“ laaa,,, apehal mak dia tuh? Cakap main sedap mulut aje, nanti kau bagi nombor Nuar kat aku,biar aku sekolahkan dia,kau jangan nanggis laa,buruk laa muka kau kalau nanggis,kau ada kelas tak esok?”
“ada,”
“dah,kau pergi tidur la, tenangkan hati kau tu,benda ni biar aku yang settlekan,dah,pergi tidur ye,”
Klik! 

Sementara itu, dirumah Nuar, Nuar kelihatan baru sahaja bangun dari tidur. Nuar mencari-cari telefon bimbitnya.
“mana telefon abang?” soal Nuar kepada mamanya.
Kelihatan keluarganya mengeliling telefon bimbitnya.
“apa dah jadi ni?”

Semua sepi. Nuar menelefon Huda kerana hatinya berasa tidak tenang. Berkali-kali dicuba,namun tidak dijawab. Nuar mengambil keputusan untuk mengirim SMS kepada Huda.

                           Sayang, angkat fone tu plzzz…..
Terdetik di hati Huda untuk menjawab panggilan tersebut.

“hello, Huda,”
“ ye,” jawab Huda teresak-esak
“apa yang mama abang dah buat kat Huda ni?”
“tak ada apalah bang, hal kecil je,”
“ishh..cakap cepat,”
“emm… mama abang maki hamun Huda, cakap Huda ni perempuan tak  ada  harga diri, mama awak pun beritahu yang awak dah ada bakal isteri,”
“bakal isteri?? Bila?? Sejak bila dah ada bakal isteri pula ni?? Belum lagi la sayang,” jelas Nuar

“ entah. Mama awak yang beritahu,saya diam kan aja la, tak melawan pun,”
“hmm..mama memang macam tu,semua perempuan yang rapat dengan abang,semua buat macam tu,”
“cuba beritahu saya,abang ni dah ada bakal isteri ke belum? Dah ada awek ke belum?”
“emm..dah ada dah,tapi abang tak serasi dengan dia,abang nak lepaskan dia. Hati abang sakit dengan adanya dia, dia tak sesuai tuk abang, dia tak pernah nak faham abang,” terang Nuar
“emm..kalau dah ada bakal isteri tuh,teruskan sahajalah,saya tak menghalang,kita baru kenal seminggu,dah jadi macam ni,macam mana?”
“tak nak! Saya nak awak juga!”
“erkk,, awek awak macam mana?”
“saya akan buat perhitungan dengan dia,”
Sepi!. 

Huda menjalankan rutin harian seperti biasa. Hidupnya kini di dalam ketakutan apabila ibu kepada Nuar telah mengugut Huda. Huda juga mendapat ugutan daripada keluarganya.

      Kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan Nuar,kalau aku dapat tahu,siap kau,nahas aku kerjakan kau,faham!

Semakin lama,semakin rapat hubungan Nuar dan Huda. Walaupun pelbagai ugutan yang telah dilemparkan oleh Huda,namun Huda tetap tabah menempuhi dugaan hidup. Sementara itu, Nad mengambil keputusan untuk menelefon Huda sendiri.

“Huda ke ni?”
“yup,kenapa? Siapa ni?” soal Huda
“ni kawan Nuar,”
“ooo..kenapa ye?”
“ ermm..Cuma nak beritahu jaga Nuar baik-baik,dia dah pilih awak,”
“errkk..kawan?? kawan ke kekasih dia ni?”
“ha’ah, kekasih Nuar, Cuma nak beritahu,Huda hati-hati dengan Nuar,”
“kenapa pula ye,?”
“yela, ni saya dekat hospital ni, Nuar langgar saya macam tu sahaja, pernah sekali Nuar tampar saya kiri kanan,saya tak nak Huda jadi macam saya,”
“laa.. macam tu ke? Sebenarnya, saya tak sayang dia pun, Cuma nak beri dia rasa apa yang awak rasa selama ni. Biar dia tahu apa yang dia dah buat kat awak,awak jangan risau ok,?” Huda berpura-pura mengeluarkan kata-kata agar Nad mempercayai kata-katanya.

“ooo…yeke? Tak apalah, asalkan Huda hati-hati. Nuar tu ada penyakit sawan, kadang-kadang panas baran. Tu yang Nad kena tampar tu,”
“yela,,saya akan dengar kata-kata kamu k,”
Klik! ‘Hmm.. macam mana ni?? Sorang cakap lain,Nuar cakap lain. Aneh ya! Apa yang dah berlaku ni?’ detik hati Huda. Sedang asyik mengelamun,Huda mendapat satu panggilan dari Yen.

“hello,Huda,”
“emm…kenapa?”
“awak berhubung dengan Nuar lagi ke?”
“kenapa ye,?”
“saya nasihatkan jangan rapat dengan dia lagi la, dia budak banyak masalah tu, semua kelab tengah cari dia ni sebab dia buat kes ni, Huda jangan berhubung dengan dia lagi,” terang Yen.
“emm..kes apa yang dia dah buat?”
“adalah,awak tak perlu tahu ok,ada satu kelab ni tengah cari dia,”
“emmm…,”

Klik! Keadaan ini menyebabkan Huda dalam keadaan tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sedang asyik mengelamun, Huda mendapat satu panggilan.
“Hello,Huda,apa dah jadi ni?”
“jadi apa?” soal Huda pada Nuar.
“tadi kawan saya telefon,dia beritahu yang kelab permotoran Kajang tengah cari saya,dia cakap saya buat masalah,saya buat hal apa awak?”
“mana la saya tahu,tadi Yen baru je call saya,dia pun cakap yang dorang tengah cari awak sekarang,awak buat apa sampai jadi cam ni yang?” soal Huda dalam keadaan resah.
“ saya tak buat apa-apa pun sayang,percayalah,”

Sepi! 

Pada keesokkan harinya,selepas pulang dari kampus, Huda telah bertemu dengan Yen yang merupakan rakannya dalam kelab permotoran.

“Huda,saya dapat tahu awak berhubung lagi ya dengan Nuar?”
“hmm..kenapa?? salah ke?”
“awak tahukan dia tu dah banyak kes,tambah-tambah keluarga Nuar dah maki hamun awak,awak diam aja? Kalau ikutkan Mak Nuar hendak buat laporan tau pasal awak kacau anak dia,” marah Yen.
“laa,bukan aku laa yang kacau anak dia,anak dia yang cari kau kat sini,aku nak buat macam mana?!” bentak Huda.
“sekarang telefon Zack,saya nak bercakap dengan dia,”
“emm,”

Sementara itu, Zack sedang bekerja,dia mendapat panggilan dari adiknya,Huda.
“hello,hah kenapa dik?”
“ni,,ada orang nak cakap dengan kau,”

Huda memberi fone tersebut kepada Yen,
“Hello,zack,saya ni admin kelab motor dekat KL,saya nak beritahu tentang Nuar, saya nak awak remove Nuar dari kelab awak ok,sebab dia bawa masalah ni, ramai budak tengah cari dia sekarang ni,” jelas Yen,
“hah,yela,nanti saya suruh admin sini remove dia,tu yang saya suka nak dengar ni,”
Klik! 

“Huda,lepas ini,jangan cari Nuar lagi, Huda tahu tak yang Nad tu pengaruh besar pada mak Nuar,dia boleh cakap apa sahaja pasal awak,dia burukkan awak dekat mak Nuar,nanti awak juga yang merana,” jelas Yen.
“hmm…yela,”
“kalau Huda berhubung lagi dengan Nuar,saya tak teragak-agak nak keluarkan awak dari MSU tu,faham?”

Sepi!

Tepat jam 10.30 malam,Nuar memulakan kerjanya disalah sebuah stesen minyak di Kajang. Itulah rutin harian Nuar dalam kehidupnya. Tiba-tiba Nuar mendapati bahawa Nad telah datang ke tempat kerjanya. ‘ishh,apahal perempuan ni datang sini ni,” gerutu Nuar.

“hah,nak apa?”
“abang,abang beritahu Nad,apa salah Nad sehingga abang jumpa perempuan tu? Abang dah tak sayang Nad lagi ke? Abang tahukan Nad sayangkan abang,cintakan abang,”
“dia yang faham hati aku,dia yang tahu apa aku nak,dia yang tahu aku mahukan apa,”
“abang!! Dah macam-macam Nad bagi pada abang,apa lagi yang abang hendak lagi bang,cuba beritahu Nad,”

Telefon bimbit Nuar berbunyi menandakan ada seseorang memanggilnya. Nuar menjawab panggilan tersebut.
“Hello,ye Huda, saya dengan Nad ni,”
“ooo yeke? Sibuk laa ni,?”
“tak laa Huda,entah nak apa entah perempuan ni,”
“laaa…kalau macam tuh……………”
Sementara Huda bercakap dengan Nuar, Nad telah memekik.
“abang!! Perempuan tu kan? Abang..jangan tinggalkan Nad bang,Nad sayangkan abang,Nad cintakan abang,tolong la bang,” jelas Nad
“eeee,,,,kau ni,pergi baliklaa!”

Sementara di talian….

“emm,…pergila selesaikan dengan Nad tu ye,”
“yela,,kejap lagi abang call ok,”

Klik!

Setelah menamatkan talian,Nuar meneruskan perbincangannya dengan Nad.
“Abang,Nad mahukan abang,jangan tinggalkan Nad bang,” rayu Nad pada Nuar.
“sudahlah,pergilah balik,mungkin kita tak ada jodoh,hubungan kita sampai disini sahajalah,kita putuskan hubungan kita,” terang Nuar kepada Nad

Sepi!

Nuar meneruskan kerjanya,sambil itu Nuar menelefon Huda.
Sementara Huda sedang menyiapkan tugasannya, Huda mendapat panggilan dari Nuar.

“hmm,kenapa? Ok tak?” soal Huda
“ok aja,dia dah balik dah,pening kepala abang la,”
“laa,dah selesai ke belum?”
“sudah,abang dengan dia dah tak ada hubungan dah,jangan la risau,” jelas Nuar.
“hmm,keputusan di tangan abang,saya tak layak nak campur,tapi…kenapa abang lepaskan dia?”
“hmm..sebenarnya dah lama dah abang nak lepaskan dia,dia tak faham apa yang abang nak,tak faham apa yang abang inginkan. Hati abang tak pernah dia nak tahu. Yang dia tahu seronok,enjoy,suka-suka. Kuat membazir iya juga tu,”
“laa,,,benda tu kan bole berubah kan bang?”
“dia nak berubah? Lupakan aja laa sayang,emm… sabtu ni ikut abang pergi perhimpunan tu ok?”
“ooo,..perhimpunan tu,insyaallah,”
“asal pula insyaallah? Tak,tak,tak.. naik juga dengan abang,jangan pepandai nak naik dengan lelaki lain,lepas ni kalau hendak keluar..keluar dengan abang aja,naik dengan abang aje,orang lain tak boleh!,”
“uisshhh,apadal pula tak boleh?”
“hei! Awak milik saya ok,jangan ngada-ngada tau!”

Mereka berbual sehingga larut malam. Pelbagai masalah,suka,duka mereka kongsi bersama.
Sementara Nad dirumah sudah menanggis-nanggis sehingga menampakkan bengkak di matanya.
Sehari sebelum perhimpunan tersebut, Nad telah menelefon Huda.

“hello Huda,”
“ye,Nad kenapa?”
“hendak pergi dataran ye,”
“aaa..ha’ah,”
“pergi dengan siapa? Nuar?”
“aaa….ha’ah kenapa?”
“oo..hati-hatilah ye,kalau ikutkan dia bawa Nad,tapi dia bawa Huda,tak apalah,”
“oo…kalau Nad nak naik dengan dia,boleh aja, Huda naik dengan orang lain pun boleh,”
“emm..tak apalah..dia dah janji dengan Huda kan? Suruh dia bawa motor tu hati-hati,jangan jadi macam Nad ni,ok Huda,”
“emm,yela,”

Klik!

Setelah menamatkan talian,selang beberapa minit, Nuar datang untuk mengambil Huda.

“amboi,bukan main lawa hari ni,” puji Nuar
“erkk? Mengarutlah,mana ada..biasa je laa,”

Tepat jam 9 pagi,Nuar dan rakan-rakannya bergerak ke Dataran Merdeka tersebut. Kelihatan beratus-ratus biji motor yang hadir pada hari tersebut. Kesemua jentera tersebut adalah dalam kalangan 135LC diseluruh Malaysia. Setelah selesai berkumpul di dataran tersebut, perjalanan akan diteruskan ke Bukit Bintang dimana disitunya berlaku pelancaran Rempit United. Nuar dan Huda masing-masing memandang disekeliling melihat gelagat ahli-ahli yang lain.

Pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah disambut meriah oleh ahli-ahli dari kelab yang lain. Sementara itu, kumpulan dari Melaka telah bertemu dengan Huda untuk mendapatkan kad ahli tersebut,

“dik,mana kad kitorang?” soal zack kepada Huda
“kad? Itu kena tanya pada Nuar, sebab dia yang uruskan pendaftaran tersebut,”
“Nuar mana?”
“dia ada dekat atas pentas itu la,”
“laa…kitorang nak balik dah ni,” rungut Zack
“nak balik? Lepas ni ke mana?”
“entah budak-budak ni,”

Sementara mencari kelibat Nuar, Zack telah mengambil kesempatan untuk bertanyakan hubungan Huda dan Nuar.

“dik,kau dengan Nuar macam mana?”
“macam mana? Macam itu je la,kenapa?”
“aku tengok Nuar tu kecil besar aja aku tengok,rasa macam nak tumbuk sekali, tengok saiz badan,aku besar dari dia, tengok gelang kat tangan dia,aku lagi besar,”

Huda tidak membalas pertanyaan Zack. Dia dapat merasakan Zack tidak menyukai hubungan mereka. Dia dapat rasakan ada nada cemburu di dalam hati Zack.

“tu Nuar,baru turun pentas,”
“panggil dia,” ujar Zack

Sementara menanti kedatangan Nuar ke tempat mereka,mata Huda melilau mencari kelibat seseorang.

“Nuar! Sini lah!.” Jerit Huda
“kenapa?”
“dorang nak balik dah, dorang hendak kad ahli tu,macam mana?”
“oh, tu kena tanya dengan Wan,sebab dia yang uruskan kad tu,” terang Nuar.
“aku rasa Zack,kita kena pergi dekat booth tu la, tengok tu dekat papan tanda dia,”
“ooo..jom lah,”

Selesai pendaftran tersebut, Nuar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Huda yang asyik berkepit dengan Zack.

“amboii,dah jumpa Zack,abang tak pandang langsung,buat tak tahu je kan?
“laa, kan abang saya tu,takkan tak boleh? Bukan selalu jumpa pun,” ujar Huda. Huda berjalan dengan pantas mendahului Nuar yang ketinggalan jauh dibelakang.

Sepi!

*******************************************************************************************

Selang beberapa hari selepas majlis tersebut, Huda mendapat satu khabar berita bahawa Nad ingin berjumpa dengannya. Pertemuan di sebuah kedai makan berdekatan dengan kampus Huda telah menarik minat Nuar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nad dan Huda. Pertembungan tiga pasang mata telah mendebarkan hati Huda.
Sesampai di kedai makan tersebut,

“hai,saya Nad,”
“saya Huda,”
“ok la,dipendekkan cerita saya hendak selesaikan benda ni,saya pening kepala la bila fikirkan keadaan ni,sampai tak tidur malam saya dibuatnya,” ujar Nad
“macam ni sahaja la, sebenarnya aku pun pening dengan benda ni,yela,tiba-tiba hari itu mak Nuar serang aku bagai nak rak hanya sebab aku rapat dengan Nuar ni, aku baru kenal dengan dia baru seminggu la Nad. Aku pernah cakap dengan Nuar kalau betul dia dah ada bakal isteri, go on la, tak kan aku nak halang, lagipun aku tak pihak kepada siapa-siapa pun,” jelas Huda yang sudah tegang.

“hmm…yela….lagipun dah puas dah Nad bagi apa yang dia nak,tak tahu lagi apa yang dia nak sebenarnya. Nad cintakan Nuar,sayangkan dia,sampai kena lempang pun Nad masih sayangkan Nuar. Nad pun tak tahu macam mana boleh sayang dia, kalau sampai jadi macam ni,kenapa dari dulu tak minta putus sahaja,ni dah jauh dah,hamper 4 tahun dah,kenapa baru sekarang hendak lepaskan Nad,” jelas Nad.

“hmm.. keputusan semua ditangan Nuar,aku tak boleh nak cakap banyaklah,pilihan di tangan dia,” kata Huda
“cuba abang cakap dengan Nad,abang pilih siapa? Huda,Nad rasa dalam hati dia dah ada awak,”
“aikk,?”
“abang,beritahulah,siapa abang pilih,”tanya Nad kepada Nuar.
Jari telunjuk menunding kea rah Huda. Nuar telah memilih Huda untuk dijadikan sebagai pasangannya.

“emm..tak mengapalah, Nad harap korang bahagia lah,”
“ehh..kejap-kejap,”ujar Huda
“sayang, cuba beritahu betul-betul,kenapa sampai jadi macam ni? Hubungan sayang dengan Nad dah jauh kan? Kan sia-sia? Kenapa tak mahu dengan Nad? Cuba beritahu dia, biar dia dengar apa salah dia,apa yang dia dah buat dekat sayang,” lembut kata-kata Huda terhadap Nuar.

“cuba beritahu Nad abang,apa salah Nad sampai abang buat Nad macam ni,kalau ada salah,Nad boleh ubah,” celah Nad
Nuar menyepi semula.

“sayang,beritahu Nad,apa salah dia,cakaplah,Huda ada dengan sayang ni,bagitahulah,biar dia tahu,biar dia ubah apa yang salah,”pujuk Huda
“hmm….dia kuat berbelanja,degil,kepala batu!,” geram Nuar
“ye,memang Nad kuat berbelanja tapi…..Nad boleh ubah,hmmm… tak mengapalah,harap korang bahagia la,” Nad berlalu dari meja makan.
“kenapa sayang ni? Kenapa tak mahu teruskan dengan dia? Cuba beritahu Huda,”pujuk Huda

“tak mahu! Abang nak Huda sahaja, dia dah pergi dah,abang nak Huda sahaja,” kata Nuar kepada Huda
“ pergilah balik,hantar Nad tu,”
“biarlah dia,nak jumpa sangat,”getus Nuar
Selang beberapa minit, Nad datang semule ke meja tersebut
“abang,mama call, dia marah sebab abang tak mahu hantar Nad balik,”
“bak sini telefon tu,”
Sesaat kemudian,
“kenapa ma?”
“kau hantar Nad balik sekarang!”
“hmmm…”

Klik!

“ni apa ni Nad?! Jawab la sendiri dengan mama tu,pandai-pandai aje telefon mama apa pasal?!” marah N        uar
“ehh..sabar lah,jangan marah-marah,” ujar Huda
“tengoklah perangai dia ni,siapa tak geram,eeee!,”
“sudahlah,pergilah hantar Nad pulang,Nad..ajaklah Nuar pulang,selesai baik-baik,” senyum Huda.

Mereka berlalu pergi. Huda menanggis semahu-mahunya kerana beban yang datang berlipat kali ganda. Hal ini kerana Huda telah menyayangi Nuar sepenuh hatinya. Tiba-tiba Huda mendapat SMS dari orang yang tidak dikenali.

            Jauhkan diri kau dari abang aku,kalau aku dapat tahu kau rapat lagi dengan abang aku,aku tak teragak-agak nak laporkan kepada pihak polis,aku tahu latar belakang kau,kalau kau menghormati keputusan aku,aku anggap kau perempuan dihormati.

Sesudah membaca pesanan tersebut,dari kejauhan Huda memanggil Nuar.
“NUAR!!!!”
Kedua-dua mereka berpandang sesame sendiri. Terkejut dengan teriakan Huda.
“kenapa?” soal Nuar
“nah!,”

Kedua-dua mereka membaca pesanan tersebut. Mereka tidak mengetahui pemilik nombor tersebut.
“dah lah,pergilah balik,jangan risau la,” ujar Nuar
Huda berlalu bersama titisan airmata yang laju di pipinya. Huda tidak sanggup lagi mahu bertentang dengan dugaan yang datang menimpa dirinya. Keadaan ini menyebabkan Huda dilemma dengan takdir yang datang kepadanya.
Pada malam tersebut, Huda termenung keseorangan memikirkan hal yang berlaku. Sedang asyik mengelamun, satu panggilan muncul di telefon bimbitnya.

“hello,”
“hmm,Huda..abang ni,”
“hmm,kenapa?” soal Huda
“tengah buat apa?”
“termenung sahaja,” ujar Huda.
Tiba-tiba Huda terdengar suara perempuan merayu,
“abang, Nad mahukan abang! Jangan tinggalkan Nad bang! Nad sayangkan abang sangat-sangat,” teresak-esak Nad bersama pisau di tangannya.
“eh,kenapa ni?! Asal main pisau ni?!, ujar Nuar
“Nad, mahukan abang! Nad cintakan abang!,”
“ermm.. Huda,kejap lagi abang telefon,Nad pegang pisau ni,”

Klik!

Sementara Nuar bersama Nad menyelesaikan masalah mereka.
“Nad mahukan abng,jangan tinggalkan Nad bang!,” rayu Nad.
“kau kan tak faham aku,?”
“Nad akan ubah bang, jangan tinggalkan Nad bang,” rayu Nad
“hmm..yela,aku tak tinggalkan kau,”

Sementara itu, Nuar menghantar pesanan ringkas kepada Huda.

                        Huda, biarlah hubungan kita atas dasar kawan sahaja ya, biarlah saya cuba menyayangi Nad seadanya. Saya nampak dia betul-betul sayangkan saya.

Huda membaca SMS tersebut.
Terpana!
Huda menanggis semahu-mahunya.

No comments: