ABOUT ME

Tuesday 5 February 2013

OPENING EVENT RIDE KE PULAU PANGKOR OH! 135 LC CLUB

   




Hai guys ! buat apa ?? study ?? okey2.. move on with your study..this night i want to tell my friends about my new entry .. emm.. cer tengok tajuk entry bella.. hahaha.. yup2.. club bella ada buat ride ke pulau pangkor tau .. emm... dorang gerak malam.. jumaat malam 01 february 2013 arituh.. emm.. bella pergi ke tak?? agak2? hahhaa.. bella tak pergi laa .. bella ada PMC kan .. jatuh pada tarikh yang sama pulakk tuh...  sedih ! .... tapi.. never mind .. bella dapat gak cilok picture dorang tuk korang tengok ok... hahha.. ok..bella akan bagitahu detail ok tentang event nie.. jom !!
 
dibawah ini.. ada dinyatakan tentang event tersebut.. dan juga tentatif pergerakan mereka ke pulau pangkor...
 
 
 
February 1 at 11:00pm until February 3 at 12:00pm
  • SILA BACA DAN FAHAMKAN.

    Assalamualaikum..
    Pada kali ini, Oh! 135 LC akan mengadakan Opening Event 2013-Ride to Pangkor 2H1M.

    Tarikh:: 2 February-3 February 2013,Sabtu-Ahad
    Main RV:: RNR Sg.Buloh Arah Utara 11.00 Malam
    (1 February,Jumaat Malam)
    RV Point Selatan:
    Rv point 1 di rnr pedas arah utara, 7.30mlm
    Rv point 2 di rnr nilai arah utara, 9.00mlm

    BAYARAN:: RM70.00 UNTUK SEORANG,KALAU DOUBLE RM140.00

    Apa yang korang dapat dgn bayaran tersebut :
    1) PENGINAPAN 1 MALAM iaitu pada sabtu malam ahad.
    2) Sticker event Ride to Pangkor with Oh! YAMAHA 135 LC
    3) Reflector Vest dapat sekali (yang kosong tiada sebarang design
    atau tulisan) kualiti A+..pakai pun x segan..smart..
    4) Lain-lain kos yang tidak dinyatakan diatas adalah DUIT SENDIRI !!!

    BAYARAN MESTI DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA PADA (26/01/2013)..

    Note: TIADA PEMULANGAN DUIT SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN(SEBARANG ALASAN TIDAK DITERIMA KECUALI CARI ORANG LAIN GANTI TEMPAT) DUIT DIGUNAKAN UNTUK BOOKING HOTEL,STICKER DLL..

    Bayaran boleh dilakukan secara by-hand atau bank-in kepada admin Faiz Ero Senin (012-221 9820)..

    -Akaun MAYBANK 162375622303 Muhammad Nurfaiz B. Gamal Abd Nasser..-

    dah bank in TOLONG call,RESIT simpan bukti pembayaran..

    Anggaran belanjawan ke Pulau Pangkor (PAKAI DUIT SENDIRI):

    1.Anggaran minyak pergi/balik RM50.00 (motor dh modified kalau
    standard lagi jimat kot)
    2.Tambang Feri LUmut ke Pulau Pangkor RM 10.00 seorang
    pergi/balik.(x berapa pasti)
    3.Tambang Motorsikal Feri Lumut ke Pulau Pangkor RM16.00
    pergi/balik.( x berapa pasti)
    4.Makan pagi RM5.00,Tengahari RM5.00 & malam 10.00 (budget)
    5.Snokeling n round island RM25.00 - RM40.00 (anggaran)

    Aktiviti kat Pulau Pangkor:
    1.Kita akan melawat tempat-tempat menarik kat Pangkor seperti
    Taman Fu Lin Kung, Kota Belanda,Batu bersurat,shopping keropok
    Ikan,Snorkerling dan round island..

    Sila Baca Peringatan & Undang-Undang Konvoi Ini:

    - SILA PASTIKAN kenderaan anda dalam keadaan TERBAIK untuk perjalanan jauh.

    - Ride kali ini BERGERAK pada WAKTU MALAM. SILA PASTIKAN lampu kenderaan anda dalam keadaan terbaik.

    - Pakai helmet yang bersesuaian untuk konvoi ini,Helmet MS88 @
    Apollo,Kura-kura@Steng DIHARAMKAN SAMA SEKALI, tiada kompromi dalam isu keselamatan.

    - Digalakkan untuk pakai riding jacket,glove,riding pads,riding shoes
    dan sewaktu dengan nya.

    - Tolong pakai pakaian yang bersesuaian untuk konvoi ini, SELUAR
    PENDEK DIHARAMKAN SAMA SEKALI.

    - Pakai KASUT BERTUTUP PENUH yang bersesuaian untuk konvoi ini,Kasut CROCS bukan kasut bertutup penuh.DIHARAMKAN SAMA SEKALI.

    - Kepada GADIS atau pasangan DILARANG TAYANG PEHA GEBU YER...

    - Sila BAWA baju hujan,kalau hujan lebat, konvoi akan
    berhenti di tempat yang selamat sebelum meneruskan perjalanan.

    - Kepada yang tinggal dengan keluarga,MAKLUMKAN dan MINTA IZIN daripada keluarga tentang konvoi ini.

    - Sila patuhi segala ARAHAN MARSHALL yang bertugas untuk
    menjaga KESELAMATAN PERJALANAN KONVOI.

    - Sentiasa peka dan fokus semasa dalam konvoi.

    - Jom kite gegarkan PANGKOR!!!....

    Once OH!135 LC, Forever Oh!135 LC


    Sebarang Pertanyaan bole berhubung dengan::-
    Admin In-Charge:
    Faiz Ero-Senin - 012-2219820
    Aniel - 012-2749136


    heheh.. tu tentatif mereka sepanjang perjalanan.. konvoi mereka telah dijaga oleh beberapa orang marshall dan keselamatan mereka terjamin dengan penjagaan rapi oleh marshall yang mahir dalam bidang ini . 
     
    nak tengok gelagat dorang sepanjang ke pulau pangkor? jom !
     
     
    Laju lagi !

    Posing maut nampak !

    Peace yow !

    Cantik !
     
     
    Berhenti ...

    Tuang minyak bersama shell v power !

    penat ?

    Jentera OH !
     
     
    Posing habis laa !

    Kenapa dengan laki kai baju itam tu? penat ?

    Once OH!135 LC, Forever Oh!135 LC

    SMART !
     
     
    OK laa.. sampai sini je bella berceloteh .. next time bella share lagi ye .. maybe lepas ni.. club OH! akan buat ride anniversary pulakk... hahha.. lagi laa gempak.. mestilaa.. club bella penuh dengan disiplin..protokal.. bukan untuk suka2.. tapi untuk keselamatan.. anak orang kot! kena jaga leklok.. 
     
    kami ibarat sebuah keluarga.. saling bantu-membantu..tolong-menolong.. susah senang .. kami sentiasa bersama..
     
    ok.. hari dah lewat malam.. next time bella share lagi ok.. bubye.. ! 



No comments:

Post a Comment

*Hai Tukan Komen Yang Hebat,
*Mohon Komen Yang Baik-Baik Sahaja
*Kalau ada salah silap, mohon guna bahasa yang sesuai

BLOGGER COPYRIGHT 2018 HAK TERCIPTA TERPELIHARA MILIK CIK BELLA